Friday, 7 October 2011

Large Square and Large Rectangle Roaster

MARINEX made in Brazil




Large Square Roaster
kod: M10-BZ018

size: 32.4cm x 28.1cm x 7.0cm
condition: serving, oven, microwave, dishwasher

Price:
w.m: RM52.90 1 unit
e.m: RM62.90 1 unit



Large Rectangle Roaster 2900ml
kod: M10-BZ006


size: 39.5cm x 23.5cm x 5.2cm
condition: serving, oven, microwave, dishwasher

Price:
w.m: RM39.90 1 unit
e.m: RM49.90 1 unit


#Delivery +
w.m: RM8
e.m: RM13

Thursday, 6 October 2011

Deep and Rectangular Roaster with handle

MARINEX made in Brazil






Rectangular Roaster with handle
kod: M10-BZ039

size: 33.8cm x 19.8cm x 7cm 
condition: serving, Oven, Microwave, Dishwater

Price:
w.m: RM35.90
e.m: RM45.90



Deep Rectangular Roaster with handle
kod: M10-BZ040

size: 36.5cm x 22.8cm x 7cm
condition: serving, Oven, Microwave, Dishwater


Price:
w.m: RM39.90
e.m: RM49.90



#Delivery cost +
w.m: RM8
e.m: RM13

Wednesday, 5 October 2011

Small and medium Rectangular Roaster

MARINEX made in Brazil



Small Rectangular Roaster 1600ml
Kod: M10-BZ-004

Size: 29.6cm x 17.8cm x 5cm
Condition: serving, Oven, Microwave, Dishwasher

Price:
w.m: RM28.90 1 unit
e.m: RM38.90 1 unit



Medium Rectangular Roaster 2200ml
Kod: M10-BZ-005

Size: 34.6cm x 20.7cm x 5.2cm
Condition: serving, Oven, Microwave, Dishwasher

Price:
w.m: RM34.90 1 unit

e.m: RM44.90 1 unit

#delivery cost  +
w.m: RM8
e.m: RM11

Monday, 3 October 2011

Kesan Melamin pada manusia

Peringatan: Bahaya Melamin pada manusia

Ramai Tak Tahu Melamin Lebih Bahaya Jika Bercampur Asid Sianurik - Pakar  

Oleh Menaga Selvadurai KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) --

Melamin, sejenis bahan kimia yang kaya dengan nutrigen, selamat digunakan secara bersendirian dengan mengawal had jumlahnya, kata Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Mustafa Ali Mohd. Tetapi malangnya ramai yang tidak tahu bahawa bahan kimia itu kini digunakan bersama asid sianurik yang memudaratkan manusia, kata beliau. Dr Mustafa berkata kebanyakan bahan makanan yang dikeluarkan kini seperti susu segar, sayur-sayuran dan daging mengandungi asid sianurik tanpa diketahui peranannya yang berbahaya kepada manusia.

"Orang ramai hanya tahu tentang melamin, tiada sesiapapun bercakap tentang asid sianurik. Sebenarnya asid sianuriklah menjadi punca tersirat masalah keracunan makanan yang membunuh kanak-kanak di China. "Kehadiran melamin dan asid sianurik secara bersendirian tidak berbahaya kepada manusia, tetapi kini masalahnya timbul apabila melamin digunakan bersama-sama asid sianurik," kata Dr Mustafa, yang juga ketua Shimadzu-UMMC Center for Xenobiotics Studies (SUCXeS), kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, SUCXeS dengan kerjasama Kementerian Kesihatan sedang menjalankan satu kajian terhadap melamin sejak isu itu dibangkitkan dan mendapati susu segar yang diperiksa turut dicampur asid sianurik. "Kehadiran melamin dalam susu adalah untuk menambahkan kandungan protein, tetapi hasil kajian kami menunjukkan susu turut mengandungi asid sianurik yang boleh menyebabkan sakit buah pinggang. "Susu yang baik ada nutrigen yang tinggi, apabila pengeluar susu mencampurkkan air dalam susu semata-mata untuk mengaut keuntungan, mereka akan memasukkan melamin bagi mengimbangkan tahap nutrigen agar tidak dikesan oleh pembeli.

"Penggunaan melamin ada tujuannya (menambahkan protein) tapi kami tidak faham kenapa asid sianurik dicampurkan dalam susu segar," katanya. Mustafa berkata tujuan utama kajian mereka adalah bagi mengkaji tujuan sebenar kehadiran asid sianurik dan melamin dalam susu segar, sayur-sayuran dan daging segar serta mengkaji bahan makanan lain seperti sos, soya dan ikan bagi memastikan sama ada bahan makanan itu turut terdedah atau tidak kepada bahan kimia berkenaan.

Ditanya sama ada melamin boleh digantikan dengan bahan lain, Dr Mustafa berkata boleh, tetapi melamin sering menjadi pilihan kerana dikeluarkan secara berlebihan di China dan diperolehi dengan harga yang terlampau murah. Katanya lagi, melamin merupakan bahan kimia yang tidak berwarna dan tidak mempunyai rasa, manakala bahan gantian lain yang boleh digunakan seperti pada sayur-sayuran mempunyai warna dan rasa yang boleh menyebabkan warna dan rasa produk yang dicampurkan dengannya berubah warna dan rasa asalnya. "Jadi, melamin sentiasa menjadi pilihan (pengeluar susu dan makanan)," katanya.

"Secara saintifiknya penggunaan melamin tidak berisiko jika mematuhi had penggunaannya, sama seperti panadol...jika guna sikit jadi penawar, jika berlebihan akan membawa kemudaratan," kata Dr Mustafa. Katanya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tahap melamin yang dibenarkan dalam makanan kanak-kanak adalah 1ppm (1 bahagian dari sejuta) dan 2.5ppm bagi orang dewasa. Kanak-kanak sering menjadi mangsa kerana mereka sentiasa bergantung kepada susu. "Manakala asid sianurik pula, kami tidak pasti, kami sedang menjalankan kajian mengenai perkara itu (iaitu) kenapa asid sianurik hadir dalam makanan dan sama ada boleh diganti dengan bahan lain," tambahnya.

Mengenai susu dan bahan makanan yang diimport dari negara lain yang turut tercemar dengan bahan melamin, beliau berkata berkemungkinan makanan haiwan serta baja yang digunakan oleh negara itu diimport dari China dan terdedah dengan melamin dan asid sianurik. SUCXes ditubuhkan pada 1999 hasil kerjasama antara Universiti Malaya (UM) dan syarikat analisis berteknologi tinggi antarabangsa, Shimadzu dan Fisher Scientific. Ia berperanan sebagai pusat latihan, perkhidmatan dan penyelidikan. -- BERNAMA 

Sunday, 2 October 2011

Kesan Plumbum pada seramik

Peringatan: Bahaya Plumbum pada seramik


PLUMBUM PADA PINGGAN MANGKUK SERAMIK AKIBATKAN MASALAH KESIHATAN YANG SERIUS

Kandungan logam berat seperti plumbum Pb merupakan satu bahan campuran kimia yang boleh membawa banyak kemudaratan terhadap kesihatan. Ia boleh menyebabkan masalh kesihatan kepada semua jenis golongan termasuklah bayi yang belum lahir kanak-kanak, wanita mengandung dan warga tua.

Kandungan plumbum boleh berkumpul di dalam badan, walaupun dalam jumlah yang sedikit, namun ia boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami masalah kesihatan yang serius dalam jangka masa yang panjang.

Plumbum biasanya digunakan dalam penghasilan permukaan nipis berkilat yang digunakan sebagai penyalut permukaan sesetengah pinggan mangkuk seramik dan perkakasan memasak.

Pinggan mangkuk yang tidak dihasilkan dengan cara yang baik akan menyebabkan lapisan permukaan yang berkilat  tersebut terkeluar sedikit demi sedikit. Apabila pinggan mangkuk dan perkakasan memasak tersebut digunakan untuk menghidang, menyimpan atau memasak, kandungan Plumbum yang terdapat pada permukaan tersebut boleh terkeluar dan mencemari makanan serta masuk ke dalam sistem penghadaman manusia.

Sesetengah perkakasan memasak dan pinggan mangkuk mempunyai cukup kandungan plumbum yang boleh membawa kepada keracunan plumbum yang serius. Perkakasan dan pinggan mangkuk yang mempunyai kandungan plumbum yang sedikit juga boleh membawa kepada masalah kesihatan jika terdedah kepada kandungan plumbum dalam suatu jangka masa yang panjang.

Plumbum boleh terkeluar dari lapisan berkilat atau lapisan perhiasan apabila perkakas tersebut dijerapkan. Penjerapan berlaku apabila kita membasuh pinggan mangkuk dan perkakasan dengan sabun atau sabun pencuci yang kuat.

Jumlah kandungan plumbum yang keluar dari lapisan permukaan tersebut pula bergantung kepada jenis corak hiasan, cara perkasas tersebut digunakan, apakah jenis makanan yang di simpan atau dimasak dan berapa lama ia digunakan.

Semua faktor ini memainkan peranan dalam mengakibatkan penjerapan plumbum ke dalam makanan, seterusnya masuk ke dalam system badan. Pinggan mangkuk yang mempunyai hiasan yang banyak, corak yang terang dan berkilat mempunyai risiko dalam mempunyai kandungan plumbum yang tinggi.
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia bertanggungjawab dalam memainkan peranan sebagai pembela kualiti dan keselamatan produk dan perkhidmatan kepada pengguna.
Menyedari hakikat bahaya kandungan plumbum ini kepada konsumer, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia telah menjalankan satu kajian kecil di mana sampel-sampel pinggan mangkuk telah dibeli dari pasaraya besar dan telah menghantarnya ke makmal untuk menjalankan ujian untuk mengesan kandungan plumbum dalam seramik.
Sampel-sampel pinggan mangkuk dan cawan yang diperbuat daripada seramik telah dipilih secara rawak dan dihantar ke dua jenis makmal yang berbeza yang telah diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia.

Sampel- sample pinggan mangkuk tersebut bukan sahaja dihantar untuk mengesan kandungan plumbum tetapi juga untuk mengesan kandungan logam berat yang lain seperti Arsenic, Ar, Antimony, Sb, dan Cadmium, Cd.

Standard dan Peraturan Keselamatan

Standard adalah satu dokumen atau panduan yang menggariskan cirri- cirri keselamatan dalam penghasilan dan pembuatan sesuatu produk dan perkhidmatan yang digunakan oleh industri dan syarikat bagi memastikan barangan mereka berkualiti.

Di Malaysia, terdapat dua jenis peraturan dan standard yang digunakan sebagai panduan dalam mengesan kandungan logam berat .

Dokumen tersebut ialah Akta & Peraturan Makanan 281, Ogost 2007, 13th Schedule dan Malaysian Standard MS 1817: 2005 Ceramic Tableware Specification

Sampel-sample tersebut telah dikaji di makmal dengan menggunakan panduan tersebut.

Akta & Peraturan Makanan 281, Ogos 2007, 13th Schedule ini menetapkan nilai nilai berikut untuk kandungan maksimum untuk logam-logam berat:
Malaysian Standard MS 1817: 2005 Ceramic Tableware Specification  ini menetapkan nilai nilai berikut untuk kandungan maksimum untuk logam-logam berat:
Nasihat kepada pengguna
Para pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati apabila hendak membeli perkakasan dan pinggan mangkuk. Elakkan membeli perkakasan yang mempunyai warna-warna yang sangat terang atau yang mempunyai hiasan  yang banyak.

Mohana Priya
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia
17 Jun 2010

Saturday, 1 October 2011

Kesan Polisterin pada tubuh

Peringatan: Bahaya Polisterin kepada manusia
BAHAYA POLISTERIN DAN KESAN PENGGUNAANNYA

Oleh : NURHAFIZAH BINTI HUSIN

            Polisterin? Pada sesiapa yang peka dengan isu alam sekitar  pasti sudah dapat terbayang keburukannya apabila perkataan polisterin disebut. Pada era langit yang terbuka ini, penggunaan polisterin semakin berleluasa bukan sahaja di negara Malaysia malah di seantero dunia.

             Jika kita lihat di dada-dada akhbar,sering kali permasalahan alam sekitar menjadi tajuk utama.Penggunaan  polisterin adalah salah  satu  penyebab berlakunya masalah  alam sekitar di negara ini dan ini memerlukan perhatian yang tinggi untuk mengurangkan penggunaan polisterin dan seterusnya mengharamkan terus penggunaannya.



            Kenapa kita mesti mengharamkan polisterin?Bahan pembungkus polisterin yang biasa kita guna mengandungi bahan karsinogen yang boleh mendatangkan kesan mudarat kepada kesihatan. Menurut kajian,Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa(IARC) ,Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) mengelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia.Bahan-bahan kimia daripada bekas itu akan menyerap ke dalam makanan  dan kemudian ke dalam tubuh manusia.

            Untuk pengetahuan umum juga, stirena adalah suatu mutagen yang boleh mengakibatkan perubahan genetic yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan. Mutagen ini amat berbahaya terhadap alam sekitar malah manusia juga. Pendedahan kepada stirena dapat merendahkan bilangan  sel darah merah dan boleh menyebabkan seseorang perempuan itu mengalami gangguan haid.


           Polisterin mengandungi tirena dan benzena yang boleh menjejaskan alam sekitar yang mana bahan-bahan berbahaya ini 500 tahun untuk dimusnahkan secara semulajadi.Tambahan pula,hasil kajian yang dilakukan oleh Institut for Energy and Environmental Research(IEER) pada tahun 1992 menunjukkan polisterin yang diperbuat daripada HCFC-22 berpotensi mengancam persekitaran 3 hingga 5 kali lebih tinggi berbanding bahan-bahan buangan yang lain.Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat yang ke-5 paling bahaya.

          Jadi,tiada sebab lagi yang boleh kita bantah daripada mengharamkan penggunaan polisterin.Kita seharusnya tidak memandang enteng tentang bahaya yang akan timbul ekoran daripada penggunaan polisterin. Alternatif yang boleh kita guna untuk menggantikan penggunaan polisterin ini antaranya adalah membawa bekas makanan sendiri yang dijamin tidak memudaratkan, ‘order’ makanan yang tidak menggunakan polisterin dan bawa makanan sendiri dari rumah.

          Usaha pengharaman penggunaan polisterin haruslah menjadi perhatian semua pihak. Sukar untuk mengharapkan masyarakat melakukan perubahan drastik jika tiada satu usaha agresif tidak dipraktikkan dalam menghapuskan penggunaan polisterin. Oleh sebab itu, pihak berkaitan seperti Kementerian  Sumber Asli dan Alam Sekitar haruslah bekerja keras dalam merangka jalan penyelesaian dalam mengurangkan bekas makanan dan cawan polisterin terutamanya di majlis-majlis.Alam sekitar adalah anugerah dari Tuhan, jadi ,menjadi tanggungjawab setiap umat manusia untuk menjaganya bukan memusnahkannya.

sumber: IPG kampus Tuanku Bainun