Sunday 2 October 2011

Kesan Plumbum pada seramik

Peringatan: Bahaya Plumbum pada seramik


PLUMBUM PADA PINGGAN MANGKUK SERAMIK AKIBATKAN MASALAH KESIHATAN YANG SERIUS

Kandungan logam berat seperti plumbum Pb merupakan satu bahan campuran kimia yang boleh membawa banyak kemudaratan terhadap kesihatan. Ia boleh menyebabkan masalh kesihatan kepada semua jenis golongan termasuklah bayi yang belum lahir kanak-kanak, wanita mengandung dan warga tua.

Kandungan plumbum boleh berkumpul di dalam badan, walaupun dalam jumlah yang sedikit, namun ia boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami masalah kesihatan yang serius dalam jangka masa yang panjang.

Plumbum biasanya digunakan dalam penghasilan permukaan nipis berkilat yang digunakan sebagai penyalut permukaan sesetengah pinggan mangkuk seramik dan perkakasan memasak.

Pinggan mangkuk yang tidak dihasilkan dengan cara yang baik akan menyebabkan lapisan permukaan yang berkilat  tersebut terkeluar sedikit demi sedikit. Apabila pinggan mangkuk dan perkakasan memasak tersebut digunakan untuk menghidang, menyimpan atau memasak, kandungan Plumbum yang terdapat pada permukaan tersebut boleh terkeluar dan mencemari makanan serta masuk ke dalam sistem penghadaman manusia.

Sesetengah perkakasan memasak dan pinggan mangkuk mempunyai cukup kandungan plumbum yang boleh membawa kepada keracunan plumbum yang serius. Perkakasan dan pinggan mangkuk yang mempunyai kandungan plumbum yang sedikit juga boleh membawa kepada masalah kesihatan jika terdedah kepada kandungan plumbum dalam suatu jangka masa yang panjang.

Plumbum boleh terkeluar dari lapisan berkilat atau lapisan perhiasan apabila perkakas tersebut dijerapkan. Penjerapan berlaku apabila kita membasuh pinggan mangkuk dan perkakasan dengan sabun atau sabun pencuci yang kuat.

Jumlah kandungan plumbum yang keluar dari lapisan permukaan tersebut pula bergantung kepada jenis corak hiasan, cara perkasas tersebut digunakan, apakah jenis makanan yang di simpan atau dimasak dan berapa lama ia digunakan.

Semua faktor ini memainkan peranan dalam mengakibatkan penjerapan plumbum ke dalam makanan, seterusnya masuk ke dalam system badan. Pinggan mangkuk yang mempunyai hiasan yang banyak, corak yang terang dan berkilat mempunyai risiko dalam mempunyai kandungan plumbum yang tinggi.
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia bertanggungjawab dalam memainkan peranan sebagai pembela kualiti dan keselamatan produk dan perkhidmatan kepada pengguna.
Menyedari hakikat bahaya kandungan plumbum ini kepada konsumer, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia telah menjalankan satu kajian kecil di mana sampel-sampel pinggan mangkuk telah dibeli dari pasaraya besar dan telah menghantarnya ke makmal untuk menjalankan ujian untuk mengesan kandungan plumbum dalam seramik.
Sampel-sampel pinggan mangkuk dan cawan yang diperbuat daripada seramik telah dipilih secara rawak dan dihantar ke dua jenis makmal yang berbeza yang telah diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia.

Sampel- sample pinggan mangkuk tersebut bukan sahaja dihantar untuk mengesan kandungan plumbum tetapi juga untuk mengesan kandungan logam berat yang lain seperti Arsenic, Ar, Antimony, Sb, dan Cadmium, Cd.

Standard dan Peraturan Keselamatan

Standard adalah satu dokumen atau panduan yang menggariskan cirri- cirri keselamatan dalam penghasilan dan pembuatan sesuatu produk dan perkhidmatan yang digunakan oleh industri dan syarikat bagi memastikan barangan mereka berkualiti.

Di Malaysia, terdapat dua jenis peraturan dan standard yang digunakan sebagai panduan dalam mengesan kandungan logam berat .

Dokumen tersebut ialah Akta & Peraturan Makanan 281, Ogost 2007, 13th Schedule dan Malaysian Standard MS 1817: 2005 Ceramic Tableware Specification

Sampel-sample tersebut telah dikaji di makmal dengan menggunakan panduan tersebut.

Akta & Peraturan Makanan 281, Ogos 2007, 13th Schedule ini menetapkan nilai nilai berikut untuk kandungan maksimum untuk logam-logam berat:
Malaysian Standard MS 1817: 2005 Ceramic Tableware Specification  ini menetapkan nilai nilai berikut untuk kandungan maksimum untuk logam-logam berat:
Nasihat kepada pengguna
Para pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati apabila hendak membeli perkakasan dan pinggan mangkuk. Elakkan membeli perkakasan yang mempunyai warna-warna yang sangat terang atau yang mempunyai hiasan  yang banyak.

Mohana Priya
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia
17 Jun 2010

No comments:

Post a Comment