FAQ

Soalan sering di tanya

Adakah Klsale menerima bayaran secara ansuran?

Klsale menerima pembayaran secara ansuran sebanyak dua kali pembayaran untuk harga belian melebihi RM200 bagi warga Malaysia.
Deposit 50% harga barangan perlu dibayar terlebih dahulu dan barangan yang di pesan oleh anda akan dihantar setelah bayaran penuh barangan diterima oleh kami.

Berapa lama tempoh penghantaran produk yang di pesan?

Lazimnya anda akan menerimanya dalam tempoh 14 hari bekerja melalui pos parcel selepas transaksi penuh pembayaran anda disahkan betul oleh kami. Jika melalui pos laju (kurier) anda akan menerimanya dalam tempoh 7 hari bekerja selepas transaksi penuh pembayaran anda kami terima dan disahkan betul.

 Bagaimana jika pesanan saya belum sampai?

Selepas pesanan anda dihantar melalui Perkhidmatan Pos Malaysia, kami akan sms ke telefon anda maklumat penghantaran tersebut  (nombor rujukan penghantaran) kepada anda untuk membolehkan anda mengesan penghantaran secara online.


Bagaimana jika stok pesanan saya telah habis?

Klsale akan hubungi anda memaklumkan pesanan kehabisan stok. Anda bebas memilih sama ada menukar membeli produk lain atau dikembalikan wang pembayaran.